Cer Klik..!!

Sabtu, 7 Julai 2012

Anwar Pelawa Najib Berdebat Kali ke-2.....

Woi Ajib cepat la terima pelawaan DSAI tu..ha ha ha..sampai kesudah senyap jek..tapi belakang-belakang ko pongpang-pongpang bagai,mana keberanian ko tu wei..takkan berani dengan penyokong sendiri je wei..DSAI siap pelawa lagi sekali ajak Ajib berdebat sumber bawah ni;

           SELAYANG - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi hasratnya untukmengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk berdebat berkaitan isu ekonomi. Ia pelawaan kedua Anwar kepada Najib dalam tempoh tidak sampai sebulan. Pada 25 Jun lalu, Anwar menyindir Najib kerana tidak menyahut cabarannya untuk berdebat walaupun telah dipelawa beberapa kali sejak lebih setahun lalu. Beliau mencabar Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), agar mengadakan debat secara umum sebagai hadiah Perdana Menteri kepada rakyat. Semalam, Anwar berkata, kebangkitan rakyat pada hari ini disebabkan rasa marah apabila wang rakyat dirompakoleh pemimpin negara dan mahu merasai nilai kemerdekaan sebenar iaitu nasib mereka terbela sertamasa depan anak-anak terjamin. Menurutnya, segala pelan, perancangan ekonomi dan bantuan rakyat yang dilaksanakan Najib serbatidak menjadi serta tidak membela nasib rakyat secara keseluruhan sebaliknya dilihat sebagai mengaburimata rakyat. “Lihat sahaja nasib pemandu teksi, mereka mahukan permit tetapi Najib bagi empat tayar yang pastinyaakan menguntungkan pengusaha teksi dan bukan kepada pemandu secara keseluruhannya. “Sama juga kes berkenaan gaji minimum, kita mohon supaya penetapan kepada RM1,100 tetapikerajaan tetapkan RM900, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pula diberikan kepada rakyat selepas 50tahun mentadbir iaitu apabila pelbagai cukai diperkenalkan,” katanya sewaktu menyampaikan Ceramah Merdeka rakyat di hadapan 2,000 penyokong Selayang Indah, malam semalam. Anwar membandingkan keadaan ekonomi semasa beliau memegang jawatan Menteri Kewangandengan keadaan semasa yang melihatkan banyak perbezaan dari segi hutang dan juga pembekalantender kepada pemimpin negara serta kroni-kroni mereka. "Selama lapan tahun saya menjadi Menteri Kewangan, ekonomi negara berada dalam keadaan baik danhutang negara berkurangan tetapi selepas saya dipecat hutang negara semakin meningkat. "Najib adalah pemimpin negara tetapi setiap keputusan banyak dipengaruhi orang sekeliling hinggatunduk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad termasuk perjanjian pembekalanminyak oleh syarikat Petron milik anaknya (Mahathir) kepada syarikat penerbangan Malaysia (Mas),”katanya. Dalam ceramah sama, beliau turut mengaitkan punca pemecatannya adalah disebabkan keengganannyamenunaikan hasrat Dr Mahathir yang meminta wang negara sebanyak RM2 bilion untukmenyalamatkan syarikat milik anaknya. “Sudahlah Mahathir, saya dah maafkan awak atas kezaliman yang dilakukan ke atas saya, biarlah sayaberpolitik untuk membantu rakyat dan melakukan perubahan untuk kebaikan semua pihak tanpa kirakaum dan gender. “Saya bangkit bukan sebab cemburukan harta Mahathir tetapi merasakan perbuatan memberikankontrak puluhan juta kepada anak-anaknya bersifat tidak adil kepada rakyat sedangkan kepentinganutama sepatutnya bantuan disalurkan kepada rakyat,” katanya. Selain itu, beliau turut mengulangi janjinya untuk menurunkan harga minyak, membantu pemandu teksidan juga memberikan pendidikan percuma kerana yakin hasratnya itu tidak akan membawa kepadanegara bangkrap sebaliknya membantu ekonomi rakyat. Anwar juga pernah membuat pelawaan berdebat kepada Anwar awal tahun ini iaitu ketika 13 Januari lalu dan 27 Januari lalu di Alor Setar. ha ha ha ha...