Cer Klik..!!

Ahad, 22 Julai 2012

TERBARU.!!Tok Guru Di Tuduh Terkeluar Akidah..[video inside]


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihati umat Islam termasuk pihak kepartian agar tidak menggunakan surau dan masjid sebagai `gelanggang’ berpolitik sepanjang bulan Ramadan ini kerana hukumnya haram.

Katanya, sebagai umat Islam mereka perlu mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah agama seperti mengumpat, mengeji, memfitnah sesama seagama apatah lagi bercakap tentang politik disepanjang bulan suci dan barokah ini.

Beliau juga tidak menafikan akan ada pihak-pihak yang tetap meneruskan usaha mengadakan ceramah berbaur politik menerusi tazkirah yang di celahkan di antara Terawih sepanjang bulan Ramadan."Ini sebenarnya berlaku kerana kepartian. Sebelum ini tidak pernah berlakupun begini. Tidak semua yang hadir di dalam masjid itu sama politiknya jadi sekiranya ada pihak yang cuba berceramah politik di masjid, saya pasti inaya hanya akan menimbulkan perbalahan dan kebencian,’’ katanya kepada Peraknews di pejabatnya di Ipoh hari ini.

Sehubungan itu Harussani meminta agar tazkirah tidak dibuat ditengah-tengah Terawih sebaliknya dibuat selesai solat tarawih.

"Tazkirah tidak ada dalam bulan Ramadan, kalau dia orang kata wajib, wajib itu bila-bila masa...dan kenapa tidak dibuat pagi, petang selepas asar kenapa mesti dicelahkan di antara tarawih jadi itu menganggu khusyuk apatah lagi apabila kita bercakap tentang politik,’’ katanya.-PERAKNEWS-

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/07/haram-jadikan-masjid-sebagai-gelanggang.html#ixzz21LQk6cw9



Ok ape yang Harussani nih cakap memang betol..tapi kenapa kenyataan yang macam nih timbul bila melibatkan pembangkang..dan aku dapat satu video dari seorang sahabat aku dan video ini diambil pada 2 hari sebelum kita semua berpuasa..asalnya tazkirah nih sempena kedatangan Bulan Ramadhan dan soal jawab mengenai ibadah puasa,,apa yang yang membuatkan sahabat aku nih terkejut ialah,penceramah ini sempat menuduh Tok Guru menghina Nabi S.A.W walaupun belau tidak menyatakan nama tok guru tersebut.Beliau nih sebenarnya dijemput dari Melaka dan berceramah di Johor.Beliau juga dikatakan bekerja  di Jabatan Mufti Melaka..jawatan ape aku tak taulah...

Dan aku harap Harussani dapat menegur sama penceramah ini..tengok video kat bawah nih




Dan kita semua tahu dan kenal siapa yang dimaksudkan oleh beliau nih..yang ini bagi aku dah keterlaluan dah..maklumlah masuk kampong orang,kononnya nak brainwash orang kampong la tuh..tapi silap ade jugak yang celik maklumat..k babai..
  

Tiada ulasan: