Cer Klik..!!

Ahad, 12 Ogos 2012

Lagi Pemimpin Senior Sabah BN Keluar Parti..


KOTA MARUDU,12 Ogos-Pakatan Rakyat (PR) hari ini menerima seorang lagi pemimpin senior Barisan Nasional (BN) Sabah-Senator Datuk Maijol Mahap-sekaligus melihatkan pergolakan dalam parti pemerintah di negeri itu.
Mahap,naib presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organization(UPKO) mengumumkan untuk keluar parti dalam satu majlis yang diadakan di rumahnya di Kampung Kokobuan,Kota Marudu,kira-kira 100km dari Kota Kinabalu tengahhari ini.Majlis itu dihadiri oleh ketua Umum PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim,setiausaha agung datuk Saifuddin Nasution Ismail,ahli parlimen Kota Kinabalu dari Hiew King Cheu,pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong dan timbalan pengerusi Amanah Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Maijol juga menjangkakan lebih ramai lagi yang akan melompat setelah pada bulan lalu ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing dab ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin keluar parti masing-masing menyokong PR.

Hanya selepas beberapa hari mereka meninggalkan parti ,perdana menteri Datu Seri Najib mengumumkan RCI(Suruhanjaya Diraja) yang diputuskan kabinet pada 8 Febuari yang lalu-Sumber Malaysian Insider.

Kah kah kah..

Tunggu masa jek lah Bien bakal tumbang di Sabah dan seterusnya di Sarawak,ini menguatkan lagi bahawa tragedi 16 Sept bakal menjadi kenyataan.Dan ini juga petanda PRU-13 Bien bakal tumbang dan akan menawan Putrajaya InsyaAllah.