Cer Klik..!!

Isnin, 9 Julai 2012

Suspek Amuk Mati Secara Tak Logik?...


Beb..dalam kes ni nampak macam menimbulkan tanda tanya bagi aku,tapi dalam pemerhatian aku lah semacam tak logik dengan kematian suspek amuk semalam nih,walaupun aku sedar ajal maut ditangan Allah..tapi cuba perhatikan gambar diatas nih,kalau ikut pada logik tak mungkin dengan kesan tembakan diatas nih boleh membawa maut dengan mudah..tapi tak tau lah kot-kot terkena tempat-tempat pentaing pulak kan sebab aku bukannya doktor nak buat kesimpulan bagai..tapi timbulkan tanda tanya.

Aku bukan cakap kosong derr setakat lengan dengan peha yang kena tembak tu tak mungkin dengan mudah sebab aku dulu ade pengalaman kes kat kampung aku dimana polis menembak suspek tepat mengenai dada dari belakang.tapi suspek tak mati dan itu kuasa Allah aku tak nafikan..bayangkan kena kat dada tapi tak mati..kalau ikut pada logik akal korang logik tak kalau dibandingkan dengan kes nih??pada aku memang tak logik langsung..                                                                                                                                              Lagi persoalan aku PDRM nih ikut SOP ka?..aku tengok kalau polis negara luar kalau satu-satu kes yang melibatkan seseorang suspek tu harus ditembak mereka akan meyediakan ambulan dulu..tapi dalam kes nih aku tak nampak pun Ambulan stanby..

Tapi pada pendapat aku Polis nih tak sepatutnya menembak seauka hati je,lagi satu kalau ye pun nak tembak sepatutnya guna peluru yang tidak membawa kepada kematian,peluru getah ke contohnya..sekarang nih banyak pe teknologi senjata luar untuk menangkap penjenayah..

Sebelum tu mari kita sedekah Al-Fatihah untuk simati semoga diberi rahmat...  

Video Suspek DiTembak POlis Di JPM..



    Ni video suspek yang mengamuk di JPM kena tembak polis..

Utusan Gelarkan Pengamuk 'Imam Mahdi'..?


Beb Utusan ni 'Giler' agaknya sampai dah takde modal keluar tajuk..bagi aku tajuk ni kurang sesuai derr..ini menampakkan cubaan ko nak menghina Islam..apa kaitan Mengamuk dengan Imam Mahadi nih?..korang tak rase ke yang Utusan ni cube nak memeningkan masyarakat yang sedia pening nih?..ko tak rase yang kes ni tak ada kena mengena dan kaintan langsung dengan Imam Mahadi..ini menunjukkan yang ko nak perlekeh Imam Mahadi..Aku  rasa Utusan ni tak tahu Imam Mahadi tu sape..

Wei..ko tau tak Imam Mahadi tu Bakal pemimpin Umat Islam Akhir Zaman bagi menghapuskan Dajjal..Teruk nya ko kaitkan arwah dengan Imam Mahadi..betapa teruknya pemikiran ko wei..Kita semua memang sedia maklum yang Utusan nih memang lembab derr..ini pandangan aku la..kalau ko nak kutuk aku ko punyer pasal,ade aku kesah??

Ok sekarang nih aku tengok blogger-blogger pencacai dah dok canangkan kat blog dieorang yang Arwah ade kaitan dengan Pas Pr...adoiyai nanti dulu,sumber mane ko cedok yang mengatakan Arwah nih ade kaitan dengan Pas@PR??ade bukti??daripada maklumat yang aku dapt yang arwah nih sebenarnya seorang blogger jugak beb..ni link blog die tekan Sini.


Ini pulak nama facebook arwah tekanSini.Korang bca la blog-blog beliau supaya lebih jelas beliau ni penyokong mane.Aku malas nak cerita lebih-lebih sebab beliau sudah meninggal..Soalnya kat sini aku mahu menepis tuduhan-tuduhan puak pencacai nih..pong lebih tak mau der..jan cakap guna fakta...


Putrajaya Kene Serang?..


Beb kat Putrajaya pun dah tak selamat beb,ade orang nak gulingkan kerajaan guna pedang samurai,aku pun tak pasti berapa orang ramainya..Aku yakin Rais Yatim mesti boleh kira dengan tepat bilangannya..Setahu aku yang Putrajaya nih Bandar selamat,tapi sekarang nih dah tak selamat la der..aku jugak yakin yang dieorang nih mengamuk ada sebab,masakan pokok boleh goyang der kalau bukan angin yang tiup..dan terbaru salah seorang dari suspek meninggal..beb Polis nih sesuka hati ko je nak lepaskan tembakan,die bukan ade tebusan pon derr ko nak tembak-tembak,kalau sekali kena tak pe,ni sampai 2 das ko tembak,ape citer ni der....??Korang bace dulu bawah nih..


 PUTRAJAYA - Seorang lelaki dan wanita, dipercayai pasangan suami isteri, cedera ditembak selepas membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini, petang tadi.


Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan seorang daripada suspek yang ditembak ketika membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi meninggal dunia.
Satu kenyataan akhbar berhubung maklumat lanjut kes akan dimaklumkan sebentar lagi oleh Pusat Media Kuala Lumpur.
Difahamkan, pengawal keselamatan cuba menghalang mereka,namun kedua-duanya bertindak ganas dan memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan terbabit.
Cubaan polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas tidak diendahkan, sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan dan mengenai mereka.


Suspek lelaki cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya dibahagian peha kiri.


Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
Kira-kira jam 2.30 petang sepasang lelaki dan perempuan telah menyerang kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya Parcel B.


Setakat ini belum ada pengesahan daripada pihak polis.
Pasangan itu menyelusup masuk kompleks JPM tetapi cara mereka melepaskan diri memasuki kompleks itu yang menempatkan pejabat Perdana Menteri masih belum dipastikan.
Menurut maklumat yang diperoleh, kejadian berlaku ketika kakitangan awam sedang pulang selepas keluar makan tengah hari.
Malah maklumat yang diperoleh juga menunjukkan selepas tiga kali amaran, tiga das tembakan dilepaskan oleh pihak polis di mana penjenayah lelaki telah ditembak di lengan dan kaki manakala perempuan terkena tembakan di kaki.
Motif serangan belum diketahui dan kereta polis juga diserang dan sebuah kereta Kancil milik orang awam juga turut dipecahkan cerminnya.-sumber sinarharian-












Nih gambar suspek..aku tak tau nak komen ape lagi sebab aku belum dapat kepastian lagi cerita nih..Dari jalan cerita berita ni pun aku da suspek semacam,macam ada benda nak disembunyikan.Sebab Berita nih baru je kemaskini dan laporan sebelum ni lain sikit jalan cerita dia...