Cer Klik..!!

Rabu, 15 Ogos 2012

HOT!!..Isu Nasharuddin




      Isu ini sebenarnya bagi aku umpama da faham da gerak geri nasharuddin ni.Gerak geri dia nih sama lah macam Hasan Akidah tu dulu.Perbuatan dia nih cuba nak membuatkan Parti memecat dia dan nak menimbulkan persepsi untuk menampakkan yang dia macam tak bersalah dalam isu nih.Aku nih sebenarnya da lama dok perhatikan gerak geri dia ni.Memang aku rasa memang patut Pas memecat seorang lagi parasit yang ada dalam Pas seperti Hasan Akidah kata sebelum ni kan yang dalam Pas banyak 'Parasit'.Ya,memang tak dinafikan golongan-golong yang macam nih ler yang sepatutnya dibersihkan.Selagi lama disimpan akan menjadi membarah dan akan menjejaskan perjalanan Pas.Sebelum ni kita tengok dalam isu Muzakarah dengan Umno pun nampak macam Nasharuddin yang lebih terkedepan setuju betul tak?


   Kepimpinan Pas setakat ini masih memutuskan lagi kedudukan Nasharuddin baca bawah ni=>



SHAH ALAM - Pas akan menyerahkan kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membuat keputusan sama ada bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa perlu dikenakan tindakan berhubung kenyataan yang menggesa parti itu keluar Pakatan Rakyat (PR) berikutan pendirian DAP dalam isu hudud.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, setakat ini belum ada sebarang perbincangan diadakan berhubung dengan isu tersebut.

“Kami serahkan kepada presiden parti untuk membuat keputusan, sama ada beliau akan dikenakan tindakan atau sebaliknya, pada masa kini parti hanya memantau perkembangan berkaitan dengan isu tersebut.

“Malah parti juga belum memutuskan sama ada Nasharudin akan diberi surat tunjuk atau tidak, dan setakat ini kepimpinan pusat belum memanggil beliau untuk memberikan penjelasan” katanya kepada Sinar Harian.

Kelmarin, Nasharudin dikatakan telah mencadangkan agar Pas keluar PR jika DAP menentang hudud seperti yang disiarkan oleh TV3.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan kenapa Nasharudin tidak membawa cadangan itu kepada Majlis Syura untuk dibahaskan dan diperbincangkan.

“Persoalannya adakan beliau merasakan kekurangan ilmu untuk berhujah, Nasharudin pernah memegang pelbagai jawatan, oleh itu sudah semestinya dia tahu proses yang diamalkan oleh parti ini.

“Pas adalah parti yang bersifat terbuka, dan sentiasa mendengar pendapat setiap ahlinya, mereka boleh meluahkan sebarang pandangan atau cadangan,” katanya.




So lepas ni kita tunggu jek la keputusannya dan Tok Guru Nik Abdul Aziz nampaknya da keluar statement da pasal isu nih.Apa yang aku nampak tindakan Nasharuddin memang bukan pendirian Pas.Aku nasihatkan Nasharuddin keluar lah secara hormat sebelum ditendang,keluarlah secara baik.Sekarang nih pon dah ade desakan supaya lepaskan jawatan Ahli Parlimen yang disandang.

   Aku harap Pas buat keputusan yang tepat dan bijak ..k babai..




</