Cer Klik..!!

Selasa, 10 Julai 2012

Khalil Afandi Ekstrim Dengan Agama Islam pon Salah?..

   Beb aku sunguh pelik dengan artikel dari MyMetro yang bersumberkan Bernama nih..kenapa ko buat kenyataan yang Khalil(arwah) ni ekstrim dengan agama Islam?bagi aku kalau sape-sape pon kalau kita ekstrim dengan agama kita yang suci ni tak salah apa-apa pon malah lagi bagus..agaknya dieorang nih amalkankan Islam separuh-separuh ke?so,tak payah la ko nak labelkan arwah ni sebagai ekstrim pe seme..aku tengok semakin pelik la kes nih..yang paling aku tak tahan tu die boleh cakap arwah kena tembak kat lengan dan ari-ari..ari-ari kat peha ea?..pejadah gak ar..




     
  Cuba korang perhatikan gambar-gambar nih dan tengok kesan tembakan kat mana..pastu korang baca bawah nih..=>



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dan wanita yang mengamuk di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam, dipercayai mengalami masalah mental, kata polis.
Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa dirinya Imam Mahadi, dan wanita berusia 28 tahun itu juga dipercayai ekstrem dengan ajaran Islam menyebabkan mereka bertindak mengamuk dengan bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging. 
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata Khalil Afandi dan wanita itu, dipercayai baru mengenali satu sama lain seminggu lepas dan tidak mempunyai rekod jenayah.

Bercakap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, hari ini, beliau berkata Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menggerakkan unit khasnya untuk menyiasat sama ada mereka menganggotai kumpulan ajaran sesat.

"Siasatan mendapati kedua-dua suspek bertindak demikian ekoran ajaran agama yang songsang. Polis sedang menyiasat sama ada suspek anggota ajaran sesat," katanya.

Mohmad berkata siasatan awal mendapati sebelum kejadian itu, mereka telah dihantar oleh sebuah kenderaan sebelum ditinggalkan di perkarangan JPM.

Dalam kejadian 2.30 petang semalam, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita yang merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama.

Polis terpaksa melepaskan tembakan apabila usaha memujuk lelaki dan wanita itu gagal, sebaliknya mereka yang bersenjatakan pedang samurai, cuba menyerang polis dan merosakkan beberapa kenderaan di kawasan itu.

Mohmad menjelaskan tindakan polis terpaksa menembak kedua-dua suspek itu sebagai langkah mempertahankan diri daripada terus diserang dan meminta orang ramai supaya tidak mempolitikkan kejadian itu.

Mayat Khalil Afandi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Wanita terbabit ditahan reman mulai hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 307, 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. - Bernama


  Kat sini apa yang aku nampak ayat yang aku tandakan nih seolah-olah ektrem dengan agama Islam adalah semacam ajaran sesat..dan sekarang nih polis sedang siasat sama ada pasangan nih mengamalkan ajaran sesat..aku tak paham lah..

Ekstrem agama Islam=ajaran sesat


Dan aku nak Metro dan Bernama sila perbetulkan kenyataan ini..aku dan kita semua terasa beb..
Agama aku Islam dan agama ko pon Islam..tak ada sebab kita semua tak terasa dengan kenyataan nih..kalau tak selagi tu aku akan tulis entry pasal ko nanti..



ok,dan bagi pandangan aku sebab-sebab suspek nih meninggal kemungkinan Ambulans lambat sampai dan menyebabkan pendarahan ..kalau kita tengok gambar yang utusan terbit tu suspek(arwah)dah terbaring kelemahan..kat sini dimana sifat keadilan da kemanusiaan dari pihak Polis?itu akupersoalkan..ko nak tembak dia pastu ko biarkan terseksa,sepatutnya ko menyediakan pihak Ambulans sebelum tembak..rasa aku tak salah cuba melengah-lengahkan masa bagi nak tunggu ambulans sampai pun..aku sebenarnya bukan nak backup kesalahan yang dilakukan oleh suspek,aku tak menangkan sapa-sapa..ini diatas sikap kemanusiaan,keaailan terhadap sesama manusia..dan bagi aku suspek belum mencederakan siapa-siapa..apa yang aku dapat tengok yang suspek macam nak luahkan ketidakpuashatian itu je yang aku nampak berpandukan dari video,gambar dan cerita-cerita akhbar...aku nak komen lelebih pun tak boleh sebab aku tak tahu cerita sebenar.. tapi aku cukup tak suka orang cakap seputar alam nih..aku akan boikot beb..wat statement macam tak der ilmu dan fakta..k babai

Tiada ulasan: